Monday 2 July 2012

Warkah buat papa.. :)

Warkah buat Papa.

Isnin, 2 Julai 2012. 1.18 AM

2 hari lepas, papa datang. Ina rasa berdebar-debar sangat. Al-maklumlah da bertahun tak jumpa. Rindu sangat kat papa. Kadang- kadang sampai buat ina menangis. Ina rasa sebak sangat. Papa tau tak kenapa? Sebab, ada antara kawan ina yang dah kematian bapa, tapi deorang ada banyak cerita nak kongsi. Macam-macam. Cerita sedih, lawak dan sangat bahagia. Masa deorang cerita ina selalu dengar dan ketawa. Ina dengar je. Sebab ina tak ada cerita untuk dikongsikan. Ina harap, satu hari nanti papa akan ciptakan satu cerita untuk ina supaya ina pun boleh bercerita.

Ina sebenarnya sangat terkejut tengok papa. Papa nampak lain. Badan papa susut, rambut papa putih. Cara berjalan pun tak segagah dulu. Walaupun kita tak pernah tinggal sebumbung, jarang makan semeja. Tapi setiap kali papa datang jenguk ina, ina takkan membazir walau sesaat pun masa untuk melihat papa. Merasai kehadiran papa disisi ina. Sebab 21 kali tuw adalah terlalu banyak untuk dijadikan jumlah kita berjumpa selama 21 tahun ina dilahirkan.

Apa sebenarnya yang membelenggu papa? Bukankah berada di samping isteri dan anak-anak tercinta adalah sesuatu yang sangat membahagiakan bagi seorang suami yakni seorang papa? Apa yang menyebabkan sinar keceriaan di mata papa hilang? Ina sedih tengok papa jadi macam ni. Bertambah pilu hati ina bila papa jadi begini kerana urusan adik-adik. 

Papa sanggup kembali kesana dan tinggalkan ina disini semata-mata ingin memberikan tumpuan yang lebih untuk adik-adik yang sedang membesar. Tapi, bukankah ina juga sedang membesar waktu itu? Bukankah ina juga anak papa yang perlukan tumpuan? Bukankah mereka masih punya mama untuk menguruskan mereka sedangkan mama ina telah lama meninggalkan kita? Terguris hati seorang anak apabila panggilan daripada ayahanda tercinta yang dinanti-nantikan bukanlah untuk mengucapkan kata syukur kerana masih dipanjangkan usia dihari lahirnya, tetapi untuk mengucapkan selamat tinggal kerana papa akan pulang kesana.

Tak apalah papa. Ina akan tunggu papa kembali. :-)

Ternanti juga panggilan papa untuk kesekian kali. Mengharapkan papa kembali, atau sekurang-kurangnya bertanya khabar. Tapi, harapan tetap harapan. Sesuatu yang sukar untuk menjadi kenyataan. Waktu pun berputar. Angin terus menderu. Ombak terus menghempas pantai. 

Akhirnya ina dapat panggilan dari papa. Papa tanyakan khabar seperti yang ina harapkan. Tapi mungkin itu hanya pembuka cerita. Isi sebenarnya adalah tentang adik. Impian adik adalah ingin melanjutkan pelajaran disini. Papa telefon ina saban hari atas urusan adik sehinggakan papa buat keputusan untuk kembali ke sini. Untuk tunaikan impian adik. Ina sangat bangga dengan papa. Kerana papa seorang papa yang hebat. Papa sanggup lakukan apa saja untuk anak papa. Untuk adikk. 

Bila terkenang kembali butir bicara kita dua hari lepas. Butirnya masih perihal adik. Adik itu adik ini. Ina dengar dengan setia. Ina senyum sembunyikan duka. Ina tak mahu menambahkan kesengsaraan papa. Ina tengok je photo adik dalam handphone papa. Bahagianya. Walaupun tak ada walau sekeping pun photo ina. Tak apalah, ina kan kakak? :-)

Papa buka contacts list kat handphone papa. Papa nak cari number phone adik. Papa nak ina simpan. Senang kata papa kalau ada apa-apa urusan nanti. Ibarat luka disimbah cuka rasanya bila number adik papa namakan "anakku" sedangkan number ina hanya nama. Sebab ina ni anak sulung ke papa? Kalau macam tu tak apa lah. Ina akan cuba faham. Kakak perlu selalu mengalah, kan? :-)

Tapi ina hanya manusia. Seorang gadis biasa yang ada hati. Ina teringin sangat nak papa puji ina macam papa selalu puji adik. Bukan niat nak riak, tapi teringin jugak untuk jadi kebanggaan papa. Papa selalu cakap kat ina. "adik ni pandai, papa nak dea belajar tinggi." Ina boleh nampak harapan papa yang tinggi menggunung tu dengan kesungguhan papa. Papa sanggup pindah kesini semula semata-mata untuk penuhi impian adik. Impian papa juga sebenarnya. Bagi papa, adiklah impian keluarga. Sebab tu lah agaknya papa sanggup ke hulu-hilir uruskan urusan adik. Papa sanggup menyeberang kesana kesini sampai badan papa susut sekali. Tak sesegak dulu.

Papa tau tak? Lepas ina sekolah menengah, ina terkontang-kanting seorang diri. Ina tak tau macam mana nak sambung belajar. Ina tak tau kat mana yang terbaik, ina tak tau course apa yang sesuai,ina tak tau segala-galanya sedangkan ina pun ada harapan, ada impian. Ina ada cita-cita. Tapi ina tak ada sesiapa untuk uruskan ina macam papa uruskan adik. Tak ada sesiapa yang carikan ina universiti terbaik macam papa carikan untuk adik. Tapi alhamdulillah. Allah maha besar, maha adil. Maha kaya, maha segalanya. Telah dea katakan itu takdirnya,kun fa ya kun. Maka inilah takdir ina. 

2 hari yang lepas, gadis yang papa jumpa adalah seorang graduan. Walaupun hanya di kolej swasta, tapi dea adalah pelajar cemerlang  yang sering mendapat markah tertinggi. Dea adalah pelajar dekan dan pernah mendapat 4.00 flat. Gadis yang papa jumpa itu, sering mendapat pujian rakan-rakan dan pensyarah. Tetapi, gadis itu tak pernah walau sekalipun dalam hidupnya, dea mendengar pujian itu dari mulut papanya sendiri. Papa, papa sedar tak? Gadis itu adalah anak papa yang sangat sayangkan papa? Anak papa yang telah papa abaikan selama 21 tahun?

Ina tak pernah katakan semua ini di hadapan papa. Malah di hadapan sesiapa pun. Ia hanyalah isi hati ina yang kecil. Sengaja ina paparkan. Biar ia menjadi bahan tatapan. Bahan bacaan. Semoga ia akan disampai dan diceritakan sehinggalah diperdengarkan untuk papa. Biar papa menghayati cerita ini sebagai coretan dari seorang gadis yang lara bukanlah dari anak papa. Kerana ina mahu papa mengetahui isi hati ina tanpa melukakan dan membebankan papa. Kebahagian papa kan kebahagian ina jugak. Tak apa lahh. Inakan kakak. Ina perlu tabah. Bukan apa2 pun sangat semua tu kan, papa?

Thursday 26 April 2012

sekali air bah, sekali pantai berubah~

Sekali air bah, sekali pantai berubah~
Aicehhh! Berperibahasa pulakk.. tapi betullah kan? Sekali ombak menhempas, pasti pantai akan berubah. Anak ayam p0wn dari kecik b0le jadik besaQ, untung cket, jadik ayam KFC. Tuw baru ombak dengan ayam. Belum lagi manusia. Dari bayi, jadik kanak-kanak. Dari kanak-kanak jadik budak. Jadik plak remaja, dewasa, tua dan arwah. Haippppp! Wink-wink!!

Perubahan seseorang tuw memang sukar nak di jangka. Biasalah, rambut sama hitam hati lain-lain. Sah dah lah, tak b0leyh nak ramal pemikiran orang lain. Bagi yang berhijrah dari dunia kegelapan ke dunia yang penuh Nur, Alhamdulillah. Keep it up, y0wnn! Bagi yang sebaliknya, cepat-cepatlah balik ke pangkal jalan. Lagi jauh terpesong. Lagi jauh tersesat, lagi payah nak jumpa jalan yang benar. Kita ni manusia, yakni ciptaan Allah S.W.T yang sempurna. Walaupun tiada di antara kita yang ‘cukup’ sempurna, cukuplah bagi kita untuk menjadi ‘hampir’ sempurna disisi Allah.

##Apsal tetiba aku bersyarah plakk kat cney neyy? P0int sebenar untuk menghuraikan peribahasa diatas adalah benda lain, tapii benda lain plakk yang aku mengarutt..
Back to the p0int! Dulu, masa kecik-kecik aku neyh b0le tahan beranik. Da macam separuh jantan dah aku neyh.. tapi skunk?? Gilakkkkk!! Aku p0wn xtaw macam mana transf0rmer mentransf0rmkan aku. Huhu. First, masa sk0lah dluw, member aku tak0wd sangat nak lintas jalan bgaii. Elehhh! Tah haape-haape, lintas jalan p0wn tak0wd. S0, setiap kali melintas akulah yang akan jadik her0in yang tunjuk berani. Sekarang~ setelah beberapa tahun berlalu~ (piwiitttt! Aku ney shuka sangat guna ayat skema yang aku sendirikk geli! Haishhh!). sekarang, secara jujurnya, melintas jalan itu adalah satu aktiviti membunuh diri yang paling extreme bagi aku! Perghhh!! Cam nak matii jek rasanya bila melintas jalan. Aku p0wn tataw sejak bila perasaan neyh ada dalam dirik aku. Rimas wey rimass! Da lah hari-hari perlu melintas, takdak traffic light lagii! Haishhh! Ya Allah, Ya Tuhan ku, sem0ga kau selamatkan hambamu ini dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini. Aminnn~

Sec0nd, ketinggian! Makk aii..dulu kalau Tanya pasal gayat, aku ‘gayat gelap’ jewrkk. Stakat tinggi,takdakk hal larh! tangga lipat-lipat tuw da macam tangga flat jewrk aku naek. Kat st0re tempat keja lama aku tuw, siap b0ley panjat2 tanpa tangga lagi. Superb x? skarang jangan Tanya 0ke? Stakat tangga flat, masih lagi mampu untuk mendaki walaupun rumah aku bukan rumah flat. Tapi tangga yang lipat-lipat neyh.. masalah besaqq! Aku mula perasan aku gayat bila kena panjat tangga neyh untuk gantung price tag. Tangga first, oke jerk.. tangga sec0nd. Da rasa g0yang~ naek tangga yang ketiga, aku dah rasa cam nak meninggal dunia dah! Tangga keempat janganlah nak mengharap. Tadeknye aku akan panjat!! (lagi p0wn tak perlu k0wd, ketinggian aku n0rmal. Tak terbantut p0wn! Ehee~ (perasann sat!) tapi serious! Aku tak0wd gila naek tangga tinggi-tinggi. Walaup0wn bru tangga ketiga. (x tinggi sangat p0wn kan?). tapi aku tak0wd jugakkk! Tak kiraa! Masa kat atas tuw memang aku ta tengok bawah dahh la.. pandang straight and ke atas jaa. Klaw terpandang bawah tuw, memang da rasa cam g0yang-g0yang. Rasa macammm, ‘arghhh.. tidakkkkkkkkkkkkkkk!!’ (##Astafirullahalazimmm~ macam mana lah agaknya nak melalui titian sirat kat akhirat nanti ek? Subbbahnallah! Ya Rabbi, ampunkan segala d0sa hambamu ini~)

Third, and s0 0n~ ta payah na st0ry lah k0wd.. banyakk sangat-sangat! Bab makanan dan minuman jewrk da berjela-jela kalau nak karang. Daripada suka makan jadik tak suka. Daripada tak suka tiba-tiba jadik favourite. Mungkin perubahan ney adalah satu lumrah. Kan? Permainan kehidupan yang telah ditentukan. Mungkin jugak seperti skrip dan pl0t cerita yang telah ditulis. Sebagai pelakon di pentas dunia, kita hanya memainkan peranan masing-masing. By the way, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.

Assalamualaikum wbt.


Sunday 22 April 2012

DARWIZ KAUSAR




CamBest tak nama tuw? wink-wink! haa~ n0! n0! n0! bukan nama b0yfie aku key?jauh skaly nama bakal anak. wanita bekerjaya cam aku ney ta maen arr pikiaq awai-awai nama anak! wee~ (blagakk plakk aku ney)

by the way, nama tuw adalah nama salah satu client c0mpany yang aku kejaa tuw. tengah busy-busy a.k.a mengantuk d0k update st0ck, tetiba aku nampak nama neyh.. semp0i kan nama neyh? hilang mengantukk aku! aku tersebut-sebut nama tuw sampai jantung aku rasa cam tersekat! caittt! hadee kew patuttt!

Darwiz tuw maksudnya Sufi, kausar plakk sebuah kolam syurga. perghhh! mantapp k0wd! (tetiba prinsip seakan-akan g0yah). buat nama anakk p0wn semp0i jugak kan? eheee!

Tuesday 17 April 2012

sleeping beauty

haishhh~ penatt ja aku karang surat chentaa kepada majikan tetengah malam buta. alih-alih es0knya p kejaa buleh plakk dea bagi aku tkaq p0sition. ehee~ tak0wddd larhh tuee! bluerkkkkk! XD
tapii aku haade masalah y lebih bsaq plakk kali neyh.. ad0yaii.. susah glewr bila tlah d takdirkan utk menjadi sleeping beauty neyh! 
masa sk0laa dluw, aku d0k td0q dalam class.. lepas spm, p kejaa (kedai teddy bear), aku d0k td0q dlam kedai tuw plakk..siapp bley terlena sambil berdirikk lagii!! haaa....(hang penahhh????) da upgrade ckett masuk c0llege, td0q plakk dalam kuliahh..sampai kna s0und bagaii.. cehh.. wat malu muke aku jek lecturer aku tuw.. da twu aku tgah "bum-bum", diam-diam dahh arr.. b0lee plakk bgtaw satu class~malu denn! paling ta buleh blah, b0lee jerk aku td0q dalam dewan peperiksaan masa tgah jawab exam! perghhh! memang carik nahasss la luw! siap b0le2 termimpi2 bgai..tapi aku ta prasan mimpi apaa, just bila tersedaq jaa, ada satu kotak kecik yang aku patut tulis amaun (paper pengiraan), aku p tulis perkataan "AISHITERU".  beng0nkk kew tak namenya tuw? huhu~
skunk, masa mula2 keja  aku merungutt keja berat la apa laa sampai mintak tukaq p0sition. bila da tkaq p0sition, d0k menghadap PC 11 jam t0lak sejam setengah break. perghhh! memang sangat2 menguji keimanan mata! da tersengguk2 aku. tataw laa depaa perasan kaa x..p t0ilet neyh kerapp sangat-sangat.. mengantukk gilaa k0wd.. tambah2 kalaw lepas lunch. tea time p0wn b0ley tahan.. tapi 0key lagi c0z da na balikkkk! wink2.. aku shuka time balikk.. hangpaa shukaa dakk? weeee~



Thursday 12 April 2012

surat chentaa kepada majikan

*************************
*****************
*****************
*****************
_________________________________________________________________
*************************
*****************
*****************
*****************
13 April 2012

Tuan/Puan,

PERLETAKAN JAWATAN

    Merujuk kepada perkara di atas, saya ************************* bertugas sebagai *****************    di *****************  ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan pada 13 Mei 2012 dengan notis sebulan.


         Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

      Oleh yang demikian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya dalam melaksanakan tugas.

Sekian terima kasih,

Yang Benar,

__________________________
(*************************)
*****************
*****************



tuw deaa~ bwu 3 hari kejaa sudaa siap mengarang surat perletakan jawatan! semp0ii dakk? ehee ~ gileww bhaii.. mana tahannn! keja *********** da macam cleaner + store keeper, siap da macam technician sgala bgai! aku mintak tukaq bahagian ******, b0ss cakap, ta buleyyyyy~ then aku dengan penuh b0ngkaknya terus berkata. "oke lah, nanti I bagi U n0tis. =) " s0.. siapp da n0tis aku! wink-2!

Monday 9 April 2012

kejaa

2 minggu sudaa blek kampung~ kampung kewr?? kampung laa~ kampung dodol! ehee.. hurmm..spanjang blek cney bawu skali jewrk jumpa mamat tuw. tuw p0wn masa na p kwaq print ng abang spupu aku (050412).. dea naek m0t0w ng mber dea, duk at blakang~ paling ta buleh blarh, bley plak dea pakai kemeja lengan pndek bunga2~ haishhhh.. patahkah ea?? ehee~


btw, aku bkan na st0ry psai dea.. just na bgataw, aku da dapattt keja!! wink3.. 
aku sbenaqnya tak brapa gemaq nak p carik keja ramai2 neyhh.. bkan apaa.. mgarutt.. sat mmg t tak jadik kejaa.. 


si membe aku (cik CT) y0w-y0w jerk ckap ada keja at kilang philips, siap amek nama n alamat bgai.. kn0n2nya hari ney na p. (090412). siap plan nk p interview ramai2 lagii tuw.. dea, aku, farah, syikin, sue n shahiraa~ da b0ley wt team futsal rasanya neyh! aleh2 si farah call n tanya, then depaa cakap s0 far depaa ta amek sbarang pgambilan!! 


chaittttttt!! hampehh~baru jek aku berk0bar-k0bar na keja kilang. sbenaqnya aku ta minat langsung keja kilang. asa cam ta bbal0i! try imagine, aku p 1 kilang ney~ kilang J****, dea 0ffer aku gaji RM550(basic)~ weyyyy... 3bulan gaji p0wn ta cukup nak bayaq duit pendahuluan Mara aku! 


finally, aku g interview s's0wang at M*******.. alhamdulillah~ da dapat n gaji p0wn memuaskan~ :) 

Saturday 7 April 2012

Ujian MUnSyI (USM)



Menurut Holland (1998), keselarasan antara personaliti dan minat dengan kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Penentuan “individu yang betul untuk kerjaya yang betul” perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon pelajar (Parson, 1908 dalam Sidek Mohd Noah, 2005).


MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY (MUnSyI) adalah untuk menentukan pemilihan c0urse yang betul dengan student. mean which, nak tentukan c0urse yang student pilih tuw adalah betul2 sesuai dengan student tuw ataw takk~

c0nt0hnya, kalau student tuw apply untuk c0urse management. dea perlulah suka dan mempunyai keb0lehan untuk memimpin. suka untuk menjadi ketua dan sebagainya. kalau tak sukaa.. amek la c0urse laen!!wink2

bagi bakal-bakal cal0n yang akan menduduki ujian MunSyI tuw, jangan a nak risau bagai.. tak payah susah-susah nak study segalaa.. tadek p0wn tanya pasal math kewr sejarah amende tuw shumaa. ia berkaitan dengan diri kita jaa. c0nt0hnya, adakah anda suka memasang khemah? adakah anda suka menbantu rakan2 anda? ehee.. cam lawak jerk kan s0alan dea? tapi bet0llahh! ta tipu p0wn!!

0nce da dapat kertas s0alan n da start tuw, buat teruss~ jangan nak amek masa gelak-gelak plak teng0k s0alan dea.. 310 s0alan dalam masa sejam!!! f0cus please!! nt jadik cam member aku plak, 1 page setengah tak sempat nak buat. ape yang dea buaat p0wn aku tataw..

kalau b0ley, p laa awai 15 minitt apa ka pa kaa.. jangan jadik cam kami.. (aku n member aku 2 0wg). tepat pukul 10 pagi baru nak sampai.. sementara nak carik bilik da 5 minit, nak carikk tempat duduk lagii~ da 10 minittt.. (tempat duduk telah ditetapkan mengikut angka giliran yerkk) .. nak isi pers0nal details plak.. 

haa!!DIINGATKANNNNNN!!!! sila guna pensil 2B yerkkk.. walaup0wn nk isi pers0nal details hangpaa. jangan jadikk cam akuu.. da la pakai pen, salah isi lagiii.. bijakk x?? cal0n USM neyy... jangan wat maen! haishhh... diharamkan okkee?? "jangan pakai pen, nantii c0mputer ta buleh baca!". pengawass tuw laa yang cakapp kat akuuu~ XD

hurm.. k lahh.. tuw jerkk~ sem0ga berjayaaa!!!

Friday 17 February 2012

ins0mnia!

Been a fool, boy I knowDidn't expect this is how things would goMaybe in time, you'll change your mindNow looking back i wish i could rewind
Because i can't sleep til you're next to meNo i can't live without you no moreOh i stay up til you're next to meTil this house feels like it did beforeFeels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ahFeels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ah
Remember telling my boys that I'd never fall in love, love, love, loveYou used to think I'd never find a girl I could trust, trust, trust, trustAnd then you walked into my life and it was all about us, us, us, usBut now I'm sitting here thinking I messed the whole thing up, up, up, up
Been a fool (fool), boy I know (know)Didn't expect this is how things would goMaybe in time (time), you'll change your mind (mind)Now looking back i wish i could rewind
Because i can't sleep til you're next to meNo i can't live without you no more (without you no more)Oh i stay up til you're next to me (to me)Til this house feels like it did before (Because it)Feels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ahFeels like insomnia ah ah (Ah), Feels like insomnia ah ah
Ah, i just can't go to sleepCause it feels like I've fallen for youIt's getting way too deepAnd i know that it's love because
I can't sleep til you're next to meNo i can't live without you no more (without you no more)Oh i stay up til you're next to me (to me)Til this house feels like it did beforeFeels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ahFeels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ah
Feels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ahFeels like insomnia ah ah, Feels like insomnia ah ah
## haishhhh!! nieyh suma pasai hang! salah hang! sebab hang! aku takleh nak td0q taw x? sengal bt0wl~ aku cuk0p pantang dengaq bunyi kereta hang.. memekakkkk! bingitt telinga aku!! (sebenaqnya hati ada g0yang..) menyirap weyh darah aku setiap kali dengaq bunyi kereta hang walaupun tak nampak depan mata.. aku rasa macam hang tengah mai kat aku sambil bawak pedang samurai, pastu tikam tepat-tepat kat hati aku!!.. k0rajaqq bt0ii~ ##

Tuesday 14 February 2012

Ruang Rindu

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu


## rindu kat hang gila2 la weyyyy!! t0long ketuk kepala aku laju-laju sat buleh dak? bagi aku k0ma seminggu pa kaa sampai hilang ingatan sattt~ senang sket aku tak yah nak ingat-ingat hang dahh ##

Monday 13 February 2012

14-02-12


Tetiba terasa cam nak mengimbau kembali detik-datik mula aku kenal hang.. haprakkk!! Tapi rasanya, puisi neyh da cuk0p untuk menceritakan segalanya~

Bermula segalanya pada petang yang cerah
Kau pakai t-shirt putih aku pakai t-shirt colour merah
Sejak hari tu hatiku selalu resah
Dengar suaramu buatku gelabah
Tak nampak batang hidungmu buatku gelisah

Muka cute kulit tak putih tak hitam
Kaki sexy pakai seluar pendek siang malam
Buat aku jatuh cinta dalam diam
Malu nak bagitaw sebab tu larh aku pendam..

Aku gadis, engkau jejaka
Sebab tu larh aku malu nak kata
Taknaklah nanti orang mengata
Aku ni perigi carik timba
Buat malu muka aku ja!
Tapi lantak aku la..

Tiap-tiap pagi aku jalan setapak-setapak
Konon-kononnya nak buat macam terserempak
Kau lalu depan mata aku buat-buat tak nampak
Padahal dalam hati penat aku gelak
Happy gila, memang gempak!

Tapi kalau aku tak nampak muka kau,
Mula larh aku naik sasau
Macam orang kena santau
Satu hapa kebenda pun aku tatau!

Serious aku kata
Aku dah jatuh cinta
Entah untuk kali ke berapa
Entah jugak kali ni sampai bila
Tapi I really love you, la!  =D

Nak kata gila, aku waras lagi
Nama pun tak tau tapi da jatuh hati
Lastly aku kasik nickname sendiri
Nama “puppy” aku bagi
Special for my secret of love tahun ni

Bila dengar lagu jiwang
Otak aku start melayang
Siang terkenang malam terbayang
Bak kata orang
Aku ni dah mabuk kepayang
Teringatkan engkau seorang
Oh, my “puppy” sayang..

Otak aku dah penat bertanya
Sampai bila aku nak pendam rasa
Tapi aku pun tak tau nak buat apa
Tak tau jugak kau still single or dah berpunya
Kalau dah berpunya aku akan undur diri ja
Tapi kalau still single tak berpunya
Aku sure ada chance la!
Lalala~

Bukan nak buat drama swasta
Tapi kita nieyh macam takde  jodoh  jek la
Da berapa kali da
aku ke selatan kau ke utara
kau ke tenggara aku ke barat daya
entah hape kejadahnye la!

Tapi satu ja aku nak kata
Kalau kau nampak aku buat tatau ja
Tu tak bermaksud aku tak suka
Tapi aku tengah control jiwa
Jual mahallah kononnya
Padahal dalam hati menggedik suka!

 Kau pun paham-paham lah sendirik
Takkan depan kau aku nak mengedik
Come on beb, gentlemen larh sikitt
Susun step, startlah buat taktikk

Tak payah buat style skema
Nak tunjuk baik sangatlah kononnya?
Padahal sama ja dengan depa
Menggedik menggalak merata~

Anyway, my “puppy”
Aku serious ni
Aku tunggu kau setiap hari
Bukan nak buat cerekarama minggu ini
Tapi ni larh satu reality
Bukan ilusi or imaginasi
Everyday, everytime I miss you, my “puppy”

Puisi neyh aku buat masa baru-baru jumpa hang. Nama hang apa p0wn aku tak taw.. aku maen bantai buh nama ek0wd sedap aku jaa. Mula-mula aku nak panggil hang “sexy feet boy” sebab hang pakai seluar pendek jaa masa tuw.. then aku teringat plak lagu I feel in love with the DJ.. so, serta mertalah nama hang p0wn tertukaq jadik “I feel in love with my neighbor”.. sweet kan, sayang?ekeke~ then, aku rasa plak.. cam panjang jek nama-nama hang neyh.. s0 aku manjakan cket nama hang.. jadik “puppy”.. haha.. rakyat Indonesia mungkin akan mentafsirkan “puppy”  tuw sebagai “papa”. Tetapi, tidak bagi intelektual-intelektual yang fasih berbahasa international dimana istilah “puppy” adalah merujuk kepada “anak anjing”.. erk!!! 0psss~sh0wiee, dear! Mula-mula I p0wn tak taw “puppy”  tuw anak anjing! Hahaha~ tapi nak buat macam mana, nasik sudah menjadi bubur ayam McD!!weeee~ XD
Finally! Aku taw jugek nama hang~ sebab masa menghadirkan diri di sebuah majlis anjuran family hang (setelah berfikir sebanyak 138x) aku terdengaq ada orang-orang kat situ panggil hang Amin..weeee~ Shuke! Shuke! Shuke! Malam tuw jek nama “Amin” da jadik cam burung duk terbang melayang keliling kepala aku.. perghhh!!! Amin.. Amin.. mandrom apalah yang hang dah bagi kat aku nieyhh, cheq 0ii????
Dugaan memang dugaan.. sejak aku kenal n suka kat hang, memang perit gila lah nak menghadapi kenyataan hidup neyh. Mana taknya, setiap pagi aku akan bangun dengan harapan nak tengok batang hidung hang.. tersengih sampai melompat-lompatlah aku kalau dapat tengok hang.. tapi kalau takkkk, harammmm~ sesak nafas aku pikiaq kat hang.. jem otak aku rindu kat hang budak belemoihhh wey.. s0, hari-hari aku sejak hari pertama jumpa hang hanyalah duduk di depan pintu tunggu hang lalu depan rumah aku dengan m0tor EX5 hang tuw..nak aku bagitaw number plat sekali kaa?ekeke~ (**H 27**) dasyatt tak aku? Percaya tak skunk aku memang suka gilaa kt hang??percaya tak ng0k wey? Hahaha
Setelah beberapa purnama berlalu.. (ececehh~dok wat sastera plak aku) lepas beberapa bulan situasi neyh terjadik, tetiba jaa hang menghilangkan diri.. cam chipsm0re p0wn ada jugak.. bara gila bila aku pikiaq.. maybe hang balik tempat asal hang k0wd (sebab sepanjang aku membesaq kat situ, serious aku tak pernah Nampak hang.) Tetiba jak muncul then hilang tanpa berita.. wey..hang p mana weyy.. aku rindu gila kat hang wey… L Last aku Nampak hang, hang lalu dengan motow, galas satu bag memang macam pact gila. Siap pakai ray ban lagi.. perghhh!! Handsome siottt!!

Kehilanganmu terus jadi tanda Tanya.. tanda soal yang berpanjangan tanpa  jawapan. Adakala resahku menjadi tamu igauan mimpi.. dirimu yang menghilang menjadi bayang-bayang menghantui lenaku. Maka benarlah kata mereka. Mahu atau tidak aku terpaksa mengakui.. PENANTIAN ADALAH SATU PENYIKSAAN YANG MEMERITKAN.. kau terus menyepi..tanpa salam kau menjelma, tanpa kata kau berlalu.. sayang, kembalilah.. aku setia menantimu.. sehingga kini..
Ramadhan.. menemukan kita semula.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku ucapkan kepada yang esa. Terima kasih Ya Allah.. Penemuan ini benar-benar melegakan rindu yang bertapuk. walaupun ea tak kekal lama.. sebab hangkan chipsmore! Kejap ada, lamaaaaa gila tadak dah.. melingkup pi mana aku p0wn tak taw.. then ada balik, pastu hilang.. pastuw ada… haishhh~ sampai la habeh SPM, hanggg sentiasa ada.. walaupun bukan hari-hari jumpa.. J
Masa lepas SPM, aku pi keja kat satu shopping mall neyh. keja oh keja.. hari-hari keja.. sampai satu hari tuw, aku nak p break…keluaq ja depan pintu tuw, perghhh!! Nak terjatuh beb jantung aku.. hati aku neyh jangan cita arhh.. dah macam shot current! Kejutan eletrik taw tak?? Tak pasai-pasai hang ada depan tuw! Hang buat apa kat situ wey?? Terus jaa aku tanya hang..(tapi Tanya dalam hati jaa laa..wakaka). tak payah jawab pown takpa wey, aku neyh budak lepasan SPM.. dah besaq dah taw..dah pandai pikiaq dahh..jawapannya adalahhh~ hang keja kat situ! Hang dok buat promotion salah satu syarikat telco kat Malaysia neyh..wah.. wah.. terasa tak yang kita neyh macam ada jodoh?macam ada tarikan magnet yang dok tarik-tarik jak kan? Auwwmmmmmm!!!! Tapi hang neyh betoi la tak betoi.. berapa hari jaa keja terus cabut! Awat hang cabut wey? aku harap bukan sebab aku..huhu..
Ada satu hari jumaat tuw..aku tengah keja cam biasa la.. baru keluaq dari store amek barang n 0n the way nak turun pi kedai balik.. masa tengah jalan tuw, mak bapak kauuuuu.. terkejuttt cipanzi aku tengok hang dengan kawan-kawan hang..masa tuw, kita berselisih dannnnn.. piwiiittttttt! Jangan marah, aku memang suka tenung-tenung hang.. harap-harap dari mata tuw dapat laa turun ke hati…tapi harapan tetap harapan, kan Amin? (sambil buat muk serious) ##try bayangkan? Confirm lawak gila bapakkk..

Masa berlalu dan terus berlalu..kau dan aku masih begitu..kaku dan membisu.. hanya panahan mata berkata-kata tanpa sebarang senyuman terukir tatkala bertemu.. aku sendiri tak tahu.. sampai bila akan begitu.. tapi aku masih terus menunggu, menanti sinar baru.. sinar untuk kau dan aku.. 

13-02-12



0wh sialll~
Hujan kt langit da lama berhenti.. n skunk nak hjan lebat plak kt mata aku.. arghhh! Sial3!!aku tak suka perasaan neyh!! Duk rumah shari dua p0wn aku da rasa cam nak matii, apetah lagi nanti?? Selamanya? Sebulan, dua, tiga empat n lebih lagi?? Macam mana aku nak hadapi hari2 aku sekadar memandang dea dari jauh jaa?? Aku tak mampu!!! Aku nak …. Aku nak apa yang patut jadi tuw terjadi!! Aku dah tak mampu nak simpan!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku suka kat hang la budak belem0ihhhhh!! Hurhhh~ tak taw ka??? Ng0nkkk!

12-02-12



Hatiku bagai dilanda badai.. hujan yang menderu bagaikan enggan berhenti.. ea bagai ombak yang memukul deras hatiku kini..aku terkesima dengan reality.. ea menghempapkan segala ilusi dan seluruh imaginasi yang kulakarkan sendiri.. ku tk tahu mengapa tuhan menunjukkan semua ini. Mungkin semata-mata ingin menyedarkan ku dari mimpi dan fantasi ini.. mungkin ia adalah penunjuk yang ingin menunjukkan kenyataan.. aku dan kamu, tak mungkin bersatu.
Haishhh.. dok wat jiwang keparat musibt apa taktaw.. cam haram.. dalam 24 jam yang ada dalam sehari awat la time tuw jugak yang hang nak lalu? Cam mangkaq hang taw tak? Oke, fine.. aku taw aku ada bf n maybe jugak hang dah ada gf.. s0 what?lantakk arhh.. ada aku kesahhhh?? Camana aku tak mau tgk hang dengan p0mpuan lain, camtu arh jugak aku takmaw hang tgk aku dengan lelaki lain. Walaupun ternyata dea bf aku!! Puihhhhhh!sialllah!
Aku harapkan untuk kenal hang dengan lebih dekat, lebih rapat. Sebab tuw aku takmau hang Nampak aku ngan sapa2.. huhu.. aku tunggu hang daripada pagi sampai ke malam tapi haram tak lalu.. tiba2 bla aku ngan mamat tuw hang ada plak.. celaka gila kan? Huhu.. arghhh! Aku tension siottt! Rasa cam nak jerit kuat2.. biaq suma 0rang taw.. biaq hang taw! Ng0kkkk!!!!
Hurmmmmm.. kalau la buleh cakap ng hg tadik, aku akan cakap 1 benda jaa.. aku nak cakap camni!
“Tak.. tak.. dea bukan bf shaye.. dea sepupu shaye jeee… shaye single!!! Weeeee~”
Alangkah semp0inya kalau aku mampu!! Huhu.. tapi na wat camana.. Allah dah tentukan camtu.. Cuma 1 jek d0a aku..
Ya Allah, Ya Tuhanku.. andai benar dea tidak ditakdirkan untuk halal menjadi milikku.. hilangkanlah resah ini.. hilangkanlah debar di hati gadisku tatkala terpandangkan panahan mata lelakinya.. hilangkanlah rindu di dadaku pabila tiada rezeki untukku menatap wajahnya.. hilangkanlah segala rasa cinta yang hanya terbuku di kalbuku, Ya Allah~

Saturday 11 February 2012

FEBRUARY 2012



Dah lama tak Nampak, tetiba tadik Nampak hang.. berderau jugak a darah gadis aku.. duluw b0tak, skunk dah ada rambut, rasa cam nak usap2 jek kepala hang. Belai2 rambut hang..  wee~kalu hang taw apa yang aku dok merepek pasai hang mesti hang ingat aku nieyh kerek, kan? Adehh! Bukan begitu sayang.. aku hanya merancang. Aku ni kan student management, sia-sia jek la ilmu yang aku blajaq kalau aku tak aplikasikan kat kehidupan seharian. Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal taw tak, kutu rayau? Ekeke~ salah kew aku panggil hang camtu? Kenyataan k0wd! Apa kisah? Memang bt0wl! Siang, malam, pagi, petang, subuh, zuhur, asar, maghrib, isyak.. melilau jaaaa.. macam hang s0rang jaa yang ada kereta n m0t0r. tau la aku takdak! Kalau bagi tumpang takpa jugak..hihi..
Apalaa yang aku dok merepek neyh kan? Sebenaqnya aku just nak tulis apa yang aku rasa hari tuw. Tetiba ja masa berjalan balik dari kelas aku teringat kat hang. Terus aku tersenyum. Bukan sebab rindu kat hang, tapi sebab aku rasa lega gila! Mana taknya, dah lebih kurang 2 bulan aku balik rumah sewa neyh. Makna kata, aku dah lama x nampak hang n dengaq kereta hang yang macam motorboat tuw! Memekak! Berderau darah aku law dengaq!! Berdetaknya lebih kencang, seperti genderang mahu perang!! (haa.. kan tak pasal2 masuk lirik lagu plak kann, haishhhh).
Orang selalu kata, jauh di mata dekat di hati. Tapi kes aku plak, jauh dimata, jauh lagiiiii dihati. Tenang gila w0ii bila tak blek rumah family, sebab jauh sket daripada hang.. tak dak la aku rasa cam nak mati hari2..tapi kadang2 tuw, teringat jugak kat hang, n y0u know what? Aku dah start rasa risau gila babii dah skunk neyh.. y0u kn0w why? Bulan empat neyh, aku dah nak habiss study, bermakna…. Aku akan ada kat rumah 24hour, 7 days.. bermakna lagi, kalau hang p0wn ada kat sini maknanya memang aku akan matii lagi lah? Kan? Arghhhhhh!!!!!!!!!!! Tidakkkkkkkkkkkkkk!!!! Aku tak sanggup nak hadapi hari-hari tuw!! Menyiksakan siotttt!

Thursday 2 February 2012

akulah, gadis itu..


Dua purnama pantas berlalu
Tak terasa diri diputar waktu
Angin yang berlalu
Membawa seluruh kenangan bersamamu
Sungguh, hatiku lebih tegar meniti waktu
Tanpa kenangan bersamamu
Biar semuanya hilang
Agar ia tak berulang
Menyakitkan hatiku yang berdetik merinduimu!

Gadis itu mencoretkan bait-bait puisi yang menggambarkan isi hatinya. Tenang. Itulah yang dirasakannya kini. Jauh dari kampung halaman membuatkan dia berasa sangat tenang dan selesa. Bukan kerana membenci atau membuang keluarga tercinta. Tidak sesekali. Dia hanya membawa diri, lari dan menghindari sebuah cinta yang memakan hatinya. Cinta dalam hati. Cinta yang terbuku sejak sekian lama. Semakin dipendam, semakin dalam. Namun, kerana ego dan mengikut adat ketimuran, mana mungkin seorang gadis akan meluahkan rasa cintanya pada seorang jejaka. Ibarat perigi mencari timba!
Namun, bukan itu satu-satunya alasan yang membuatkan gadis itu menyimpan kukuh cintanya didalam hati. Dia sebenarnya sudah berpunya. Walaupun tanpa sebarang ikatan yang sah, namun dia telah secara rasminya menjadi kekasih orang. Tujuh tahun masa berlalu, tak mungkin dia akan semudah itu mengkhianati cinta seorang lelaki yang begitu setia padanya. Dia tidak sekejam mana.
Dia hanya gadis yang tersesat dalam dilemma yang diciptanya sendiri. Semakin lama semakin tersasar. Namun, dia akan terus tegar, kerana gadis itu, adalah aku!