Wednesday 23 November 2011

ku ingin kamu!


Ku ingin kamu
Iya..kamu..
Jejaka yang ku tunggu dari dulu
Iya, kamu..
Datanglah padaku
Ubatkan rinduku
Ku parah keranamu!

Monday 21 November 2011

rindu!


Rindu memang rindu
Tuhan saja yang tahu
Bagaimana terseksanya hatiku
Menahan rindu padamu!

Saturday 19 November 2011

Saatku melihatmu


Saatku melihatmu
Pasti jantungku berdegup laju
Angan-angan indah pun bertamu
Semuanya bersama dirimu
Kau buatku jadi tak menentu
Sungguh aku tak mampu
Menghindari dari rindu
Saatku melihatmu!

Friday 18 November 2011

Bila gadis seperti aku



Bila gadis seperti aku
Mula termenung sendiri
Bermuram dan tersenyum
Di tengah keriuhan
Di dalam kesunyian

Bila gadis seperti aku
Mula hilang arah tuju
Mula mencari arah baru
Dalam kesesakan hati
Dalam kesemakan jiwa

Bila gadis seperti aku
Mula jatuh cinta
Dengan lelaki sepertimu
Entah apa akhirnya
Kerana kita adalah berbeza

Bila gadis seperti aku
Mula berdoa seikhlas jiwa
Ya allah ya tuhanku
Satukan lah kami berdua
Kuharap akan hilang
Segala keresahan kerana dia..

Monday 14 November 2011

bayangmu


Ku tak mampu berhenti menulis
Hatiku terus berkata-kata
Jiwaku memberontak gelisah
Sehingga letih diriku dikecewa
Oleh bayang mu yang datang dan menghilang

Saturday 12 November 2011

katakan padaku


Dalam kesamaran waktu
Kuterlihat wajahmu
Terpapar di setiap penjuru
Menghantui jiwa dan ragaku

Ku rindu kamu
Ku ingin kamu
Ku perlu kamu
Ku cinta kamu
Datanglah padaku
Lafazkan cintamu
Biar ku tahu
Kau juga mencintaiku
Andai kau hanya mampu
Hadir di dalam lenaku
Ku akan lena selamanya
Hanya keranamu
Hadirlah di hadapanku
Katakan padaku
Kau mencintaiku
Jangan terus menyiksaku dengan bayangmu
Yang hanya datang untuk berlalu

Thursday 10 November 2011

kau dan aku


Mungkin saja ku tak bisa
Menjadikanmu putera hatiku
Namun ku yakin
Keajaiban tuhan akan menyatukan kita
Berdoalah..
Biar apa yang tidak pasti
Menjadi pasti suatu hari nanti
Kau dan aku
Pasti bersatu

Wednesday 9 November 2011

kau bagaikan udara


Bagaimana harusku lalui hari-hariku nanti
Bilamana ku mungkin akan melihatmu setiap hari
Sungguh, ku tak mahu ini terjadi
Kerana kau bagaikan udara
Sentiasa ada dimana-mana

Monday 7 November 2011

milikku


Ya allah ya tuhanku,
Jika dia bukan ditakdirkan untukku
Hapuskanlah segera perasaan ini
Sesungguhnya aku ini tidak kuat menghadapi dugaanmu
Andai ditakdirkan suratan            
Dia sememangnya dilahirkan untukku
Akanku nantikan keajaibanmu
Untuk menghalalkan dia menjadi milikku

Sunday 6 November 2011

chenta datang lagi~


Cinta datang lagi??0h n0!!!! Hatiku berdetak kencang, jantungku berdegup laju.. cinta oh cinta.. mengapa kau harus kembali? Mendebarkan hati ini..aku takut kau akan melukaiku lagi..ku ta mahu aimataku mengalir keranamu lagi..ku ta mahu..cinta, jangan kau seksa aku dengan permainanmu..jangan kau lukakan aku dengan durimu.aku hanya gadis yang lemah. Yang hanya mahu dicintai dan mencintai. Bukan dilukai.tidak sesekali..

Saturday 5 November 2011

NOVEMBER 2011

NOVEMBER 2011
Ku lihat kam0o..dengan gaya baru..ececeh! b0takk der~ekeke! Kam0o sangat chumel! Sejak petang tadik, aku asyik teringat kat hang jak, macam2 da bermain kat otak aku neyh..aku ingin kamu!! Aku tak buleh nak lena sebab teringat kat hg, wey! Pejam jak mata, Nampak muka hang.bukak mata p0wn sama..aiyark!!

Friday 4 November 2011

with love~

bila yang berbicara itu adalah hanya sekeping hati, maka yang mendengarnya hanyalah sekeping hati.. bila yang berkata-kata itu adalah aku, yang akan mendengarnya (membaca) adalah kamu.. kamu mungkin bukan insan yang ku tuju, tapi andai kamu adalah kamu..fahamilah isi hatiku.. isi hati seorang gadis yang tak mampu meluahkan cintanya.. aku adalah, renkashee kirora a.k.a Rapunzel..dan kamu, renki kirora, my eugine!!

Tuesday 1 November 2011

al0ng

nama shaye Al0ng. panggil jewrk Al0ng.. shaye bukan nak t0l0ng, shaye cume nak mel0l0ng!! wink2..