Monday 2 July 2012

Warkah buat papa.. :)

Warkah buat Papa.

Isnin, 2 Julai 2012. 1.18 AM

2 hari lepas, papa datang. Ina rasa berdebar-debar sangat. Al-maklumlah da bertahun tak jumpa. Rindu sangat kat papa. Kadang- kadang sampai buat ina menangis. Ina rasa sebak sangat. Papa tau tak kenapa? Sebab, ada antara kawan ina yang dah kematian bapa, tapi deorang ada banyak cerita nak kongsi. Macam-macam. Cerita sedih, lawak dan sangat bahagia. Masa deorang cerita ina selalu dengar dan ketawa. Ina dengar je. Sebab ina tak ada cerita untuk dikongsikan. Ina harap, satu hari nanti papa akan ciptakan satu cerita untuk ina supaya ina pun boleh bercerita.

Ina sebenarnya sangat terkejut tengok papa. Papa nampak lain. Badan papa susut, rambut papa putih. Cara berjalan pun tak segagah dulu. Walaupun kita tak pernah tinggal sebumbung, jarang makan semeja. Tapi setiap kali papa datang jenguk ina, ina takkan membazir walau sesaat pun masa untuk melihat papa. Merasai kehadiran papa disisi ina. Sebab 21 kali tuw adalah terlalu banyak untuk dijadikan jumlah kita berjumpa selama 21 tahun ina dilahirkan.

Apa sebenarnya yang membelenggu papa? Bukankah berada di samping isteri dan anak-anak tercinta adalah sesuatu yang sangat membahagiakan bagi seorang suami yakni seorang papa? Apa yang menyebabkan sinar keceriaan di mata papa hilang? Ina sedih tengok papa jadi macam ni. Bertambah pilu hati ina bila papa jadi begini kerana urusan adik-adik. 

Papa sanggup kembali kesana dan tinggalkan ina disini semata-mata ingin memberikan tumpuan yang lebih untuk adik-adik yang sedang membesar. Tapi, bukankah ina juga sedang membesar waktu itu? Bukankah ina juga anak papa yang perlukan tumpuan? Bukankah mereka masih punya mama untuk menguruskan mereka sedangkan mama ina telah lama meninggalkan kita? Terguris hati seorang anak apabila panggilan daripada ayahanda tercinta yang dinanti-nantikan bukanlah untuk mengucapkan kata syukur kerana masih dipanjangkan usia dihari lahirnya, tetapi untuk mengucapkan selamat tinggal kerana papa akan pulang kesana.

Tak apalah papa. Ina akan tunggu papa kembali. :-)

Ternanti juga panggilan papa untuk kesekian kali. Mengharapkan papa kembali, atau sekurang-kurangnya bertanya khabar. Tapi, harapan tetap harapan. Sesuatu yang sukar untuk menjadi kenyataan. Waktu pun berputar. Angin terus menderu. Ombak terus menghempas pantai. 

Akhirnya ina dapat panggilan dari papa. Papa tanyakan khabar seperti yang ina harapkan. Tapi mungkin itu hanya pembuka cerita. Isi sebenarnya adalah tentang adik. Impian adik adalah ingin melanjutkan pelajaran disini. Papa telefon ina saban hari atas urusan adik sehinggakan papa buat keputusan untuk kembali ke sini. Untuk tunaikan impian adik. Ina sangat bangga dengan papa. Kerana papa seorang papa yang hebat. Papa sanggup lakukan apa saja untuk anak papa. Untuk adikk. 

Bila terkenang kembali butir bicara kita dua hari lepas. Butirnya masih perihal adik. Adik itu adik ini. Ina dengar dengan setia. Ina senyum sembunyikan duka. Ina tak mahu menambahkan kesengsaraan papa. Ina tengok je photo adik dalam handphone papa. Bahagianya. Walaupun tak ada walau sekeping pun photo ina. Tak apalah, ina kan kakak? :-)

Papa buka contacts list kat handphone papa. Papa nak cari number phone adik. Papa nak ina simpan. Senang kata papa kalau ada apa-apa urusan nanti. Ibarat luka disimbah cuka rasanya bila number adik papa namakan "anakku" sedangkan number ina hanya nama. Sebab ina ni anak sulung ke papa? Kalau macam tu tak apa lah. Ina akan cuba faham. Kakak perlu selalu mengalah, kan? :-)

Tapi ina hanya manusia. Seorang gadis biasa yang ada hati. Ina teringin sangat nak papa puji ina macam papa selalu puji adik. Bukan niat nak riak, tapi teringin jugak untuk jadi kebanggaan papa. Papa selalu cakap kat ina. "adik ni pandai, papa nak dea belajar tinggi." Ina boleh nampak harapan papa yang tinggi menggunung tu dengan kesungguhan papa. Papa sanggup pindah kesini semula semata-mata untuk penuhi impian adik. Impian papa juga sebenarnya. Bagi papa, adiklah impian keluarga. Sebab tu lah agaknya papa sanggup ke hulu-hilir uruskan urusan adik. Papa sanggup menyeberang kesana kesini sampai badan papa susut sekali. Tak sesegak dulu.

Papa tau tak? Lepas ina sekolah menengah, ina terkontang-kanting seorang diri. Ina tak tau macam mana nak sambung belajar. Ina tak tau kat mana yang terbaik, ina tak tau course apa yang sesuai,ina tak tau segala-galanya sedangkan ina pun ada harapan, ada impian. Ina ada cita-cita. Tapi ina tak ada sesiapa untuk uruskan ina macam papa uruskan adik. Tak ada sesiapa yang carikan ina universiti terbaik macam papa carikan untuk adik. Tapi alhamdulillah. Allah maha besar, maha adil. Maha kaya, maha segalanya. Telah dea katakan itu takdirnya,kun fa ya kun. Maka inilah takdir ina. 

2 hari yang lepas, gadis yang papa jumpa adalah seorang graduan. Walaupun hanya di kolej swasta, tapi dea adalah pelajar cemerlang  yang sering mendapat markah tertinggi. Dea adalah pelajar dekan dan pernah mendapat 4.00 flat. Gadis yang papa jumpa itu, sering mendapat pujian rakan-rakan dan pensyarah. Tetapi, gadis itu tak pernah walau sekalipun dalam hidupnya, dea mendengar pujian itu dari mulut papanya sendiri. Papa, papa sedar tak? Gadis itu adalah anak papa yang sangat sayangkan papa? Anak papa yang telah papa abaikan selama 21 tahun?

Ina tak pernah katakan semua ini di hadapan papa. Malah di hadapan sesiapa pun. Ia hanyalah isi hati ina yang kecil. Sengaja ina paparkan. Biar ia menjadi bahan tatapan. Bahan bacaan. Semoga ia akan disampai dan diceritakan sehinggalah diperdengarkan untuk papa. Biar papa menghayati cerita ini sebagai coretan dari seorang gadis yang lara bukanlah dari anak papa. Kerana ina mahu papa mengetahui isi hati ina tanpa melukakan dan membebankan papa. Kebahagian papa kan kebahagian ina jugak. Tak apa lahh. Inakan kakak. Ina perlu tabah. Bukan apa2 pun sangat semua tu kan, papa?